NOTIS PENGHANTARAN

Dukacita kami ingin maklumkan bahawa penghantaran pesanan yang dibuat melalui website ini telah dihentikan bermula 6 Jun 2018 hingga 24 Jun 2018. Penghantaran melalui POSLAJU akan dilakukan kembali bermula 25 Jun 2018.

Pesanan boleh terus dilakukan melalui website ini, namun segala penghantaran kepada POSLAJU tidak akan dilakukan. Ini kerana pihak HQ ingin mengelakkan masalah kelewatan barang yg dipesan sampai lewat (selepas Hari Raya) dan disimpan lama oleh pihak Poslaju yang mungkin boleh mengakibatkan kehilangan atau kerosakan pada barang.

Umum ketahui bahawa di musim perayaan ini, POSLAJU akan mengalami kelewatan disebabkan pertambahan parcel order lebih dari biasa.

Walaubagaimanapun, produk Ephyra masih boleh didapati daripada pengedar-pengedar sah kami di seluruh negara. Sila hubungi 03-41417889 utk list dealer berdekatan anda, atau klik pada pilihan Wholesaler & Dealer di website ini untuk mendapatkan maklumat pengedar terdekat dengan anda.

Sesiapa yang berdekatan dgn HQ Ephyra di sekitar Setapak, juga boleh walk in ke HQ kami di Platinum Walk Danau Kota Setapak. Waktu operasi dan alamat HQ boleh didapati di ruangan Contact Us website ini.

Pihak HQ EPHYRA memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Selamat berpuasa & seterusnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Terima kasih.